Kanser Payudara

Posted by Mommy Kuyah / Category:


Kanser Payudara


Topik kali ni kena serius skit ye wahai kengkawan di luar sana..tak leh main-main..dah banyak sangat main-main ni…

Tolong beri perhatian ye..hehehe…

Bermula la kisah….

Bagi ramai wanita tak menyedari yang mereka telah pun menghidap kanser payudara ni.Kerana kanser payudara ni diperingkat awal nye tak sakit…hehe..serius…


Tanda-tanda kanser payu dara:

  • Perubahan saiz dan rupa
  • Lekuk pada kulit
  • Ketulan atau penebalan


Puting:


  • Puting berdarah (jarang berlaku)
  • Ruam di puting dan di persekitaran kulit (jarang berlaku)
  • Puting tertarik ke dalam
  • Ketulan atau penebalan terutama jika terdapat juga cecair keluar daripada puting
  • Penghasilan cecair daripada puting adalah biasa dan selalunya akibat masaalah payudara yang tidak mudarat. Keadaan boleh membimbangkan sekiranya puting berdarah.
  • Ruam di puting atau sekitaran puting boleh akibat daripada ecxema. Sila jumpa doktor anda untuk mendapat kepastian
  • Puting tertarik kedalam adalah satu keadaan normal dan semula jadi pada setengah wanita. Walaubagaimanapun sekira keadaan ini baru berlaku dan tanpa sebab, anda harus berjumpa doktor anda

Lengan:

  • ketulan atau bengkak di sekitar ketiak.


Rasa Sakit ?? !!

  • Kesakitan di payudara atau mastalgia perlu diberi tumpuan khas kerana kesakitan adalah sebab utama wanita melakukan pemeriksaan sendiri payudara, menjadi cemas dan berjumpa dengan doktornya. Walaubagaimanapun, kesakitan dalam payudara selalunya bukanlah gejala kanser payudara. Ramai wanita merasakan payudaranya berketul dan sakit sebelum haid. Sakit juga biasanya disebabkan oleh perubahan fibrosistik yang tidak mudarat


Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara

Tolong beri perhatian ye..hehe..

Tahap-tahap kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi. (Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan diambil untuk kajian makmal). Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes). Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu diketahui. Jenis sel-sel kanser (cell type) juga penting apabila jenis rawatan perlu dipertimbangkan.

Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap

Tahap 1

Ini adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad kepada bahagian payudara sahaja.

Tahap 2

Pada tahap serta peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara, ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah ketiak) sebagai sasaran serangannya.

Tahap 3

Saiz ketulan barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di bawahnya (otot bahagian dada).

Tahap 4

Pada peringkat serta tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang penghidapnya.






Serius ini mimpi ngeri buat Wanita...so please la jaga kesihatan tu....



0 comments: